2011年12月8日星期四

LATIHAN (9 > Jawapan)

    1. Kita perlu tidur dengan cukup supaya badan
    kita sentiasa cergas.
    2.Sebagai pelajar, kita perlu tidur selama lapan
    jam sehari. Hal ini untuk mengelakkan kita
    daripada berasa letih dan mengantuk ketika
    belajar.
    3.Dengan yang cukup sistem saraf kita akan
    berfungsi denngan baik.
    4.Kita juga dapat bekerja dengan sempurna,
    dapat menyelesaikan banyak kerja dengan
    cepat dan betul.
    5.Dengan tidur yang cukup boleh mengelakkan
    beberapa jenis penyakit contohnya demam
    selsema.
    6.Kita juga sentiasa bersifat sabar dan tidak
    cepat marah.

2011年12月7日星期三

LATIHAN (9)

Tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan. Ketika tidur, tubuh mendapat kerehatan dan dapat menghilangkan keletihan serta keterangan perasaan yang dialami pada waktu siang. Sekiranya kita tidak cukup tidur, keletihan dan ketegangan perasaan itu akan bertambah. Selain itu, menjadikan kita berasa lemah sepanjang masa dan selalu sakit kepala serta selesema. Sistem saraf kita juga turut terjejas, menjadikan kita cepat marah. Apabila kita tidur, tubuh kita dicas seperti sebuah bateri. Apabila bangun pagi, kita berasa segar dan boleh membuat sebarang pekerjaan harian dengan sempurna. Bagi pelajar, mereka akan dapat mengikuti pelajaran dengan baik tanpa rasa letih atau mengantuk. Setiap pelajar perlu tidur sekurang-kurangnya lapan jam dalam sehari.

2011年12月6日星期二

LATIHAN (8 > Jawapan)

1. Kita mesti berdisiplin dengan bangun awal pada hari Sabtu bagi mengikuti aktiviti Kokurikulum di sekolah.
2. Kita haruslah menjaga kebersihan diri dengan mandi pada waktu pagi sebelum pergi ke sekolah.
3. Kita hendaklah menjaga kesihatan diri degan bersarapan sebelum pergi ke sekolah kerana sarapan akan memberikan tenaga kepada kita untuk melakukan sebarang aktiviti.
4. Kita hendaklah menjaga keselamatan diri semasa menunggang basikal ke sekolah secara berhati-hati.
5. Kita perlu bersikap baik hati degan membantu orang yang kurang upaya melistas jalan raya yang sibuk.
6. Kita hendaklah bersopan santun semasa bercakap dengan orang lain.
7. Kita perlu mengucapkan terima kasih kepada orang yang menghulurkan bantuan kepada kita sebagai tanda kita menghargai pertolongan yang diberikan itu.

2011年12月5日星期一

LATIHAN (8)

 
Pada pagi Sabtu ini, Wai Kit bangun awal kerana dia hendak mengikut aktiviti Persatuan Sains bagi membersihkan taman sains sekolah. setelah mengemaskan katilnya, Wai Kit terus mandi. selepas berpakaian, Wai Kit bersarapan bersama-sama ayah, ibu dan adik perempuannya.
Kemudian, Wai Kit pun menunggang basikal lumbanya ke sekolah dengan berhati-hati kerana keadaan jalan raya agak sibuk pada pagi itu. di pertengahan jalan, Wai Kit ternampak seorang lelaki buta hendak melintas jalan raya.
Dia segela memberhentikan basikalnya di tepi jalan lalu menuntun tangan lelaki buta itu untuk melintas jalan. Wai Kit bertanya ke mana lelaki buta itu hendak pergi dengan suara yang lembut. Rupa-rupanya lelaki buta itu hendak menaiki bas ke Bandar.
Wai Kit membantu lelaki itu menaiki bas yang kebetulan baru berhenti di perhentian bas di hadapan mereka. Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Wai Kit. Kemudian, Wai Kit pun meneruskan perjalanan ke sekolah.

2011年12月4日星期日

LATIHAN (7 > Jawapan)

Jawapan



  • Bangun awal pagi – disiplin diri
  • Menolong ibu di dapur
  • Bersarapan bersama – kasih sayang
  • Bersalam – menghormati orang tua
  • Rajin / tidak suka membuang masa
  • Suka kepada kebersihan

2011年12月3日星期六

LATIHAN (7)

Baca petikan di bawah dahulu, dan cuba mencari isi-isi penting...

Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan.
Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya.
Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.



2011年12月2日星期五

LATIHAN (6c)

Contoh ulasan
  • Kita mestilah mempunyai kasih sayang terhadap jiran.
  • Kita juga hendaklah peka dan bijak menghargai masa.
  • Kita sepatutnya lebih prihatin tentang tanggungjawab kepada keluarga kita.
  • Kita sewajarnya mengamalkan budaya tolong-menolong semasa jiran.
  • Kita haruslah baik hati terhadap jiran kita.
  • Kita dikehendaki bertanggungjawab menjaga kebajikan jiran kita.
  • Kita mestilah bersikap pemurah terhadap jiran tetangga kita.