2011年12月8日星期四

LATIHAN (9 > Jawapan)

    1. Kita perlu tidur dengan cukup supaya badan
    kita sentiasa cergas.
    2.Sebagai pelajar, kita perlu tidur selama lapan
    jam sehari. Hal ini untuk mengelakkan kita
    daripada berasa letih dan mengantuk ketika
    belajar.
    3.Dengan yang cukup sistem saraf kita akan
    berfungsi denngan baik.
    4.Kita juga dapat bekerja dengan sempurna,
    dapat menyelesaikan banyak kerja dengan
    cepat dan betul.
    5.Dengan tidur yang cukup boleh mengelakkan
    beberapa jenis penyakit contohnya demam
    selsema.
    6.Kita juga sentiasa bersifat sabar dan tidak
    cepat marah.

2011年12月7日星期三

LATIHAN (9)

Tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan. Ketika tidur, tubuh mendapat kerehatan dan dapat menghilangkan keletihan serta keterangan perasaan yang dialami pada waktu siang. Sekiranya kita tidak cukup tidur, keletihan dan ketegangan perasaan itu akan bertambah. Selain itu, menjadikan kita berasa lemah sepanjang masa dan selalu sakit kepala serta selesema. Sistem saraf kita juga turut terjejas, menjadikan kita cepat marah. Apabila kita tidur, tubuh kita dicas seperti sebuah bateri. Apabila bangun pagi, kita berasa segar dan boleh membuat sebarang pekerjaan harian dengan sempurna. Bagi pelajar, mereka akan dapat mengikuti pelajaran dengan baik tanpa rasa letih atau mengantuk. Setiap pelajar perlu tidur sekurang-kurangnya lapan jam dalam sehari.

2011年12月6日星期二

LATIHAN (8 > Jawapan)

1. Kita mesti berdisiplin dengan bangun awal pada hari Sabtu bagi mengikuti aktiviti Kokurikulum di sekolah.
2. Kita haruslah menjaga kebersihan diri dengan mandi pada waktu pagi sebelum pergi ke sekolah.
3. Kita hendaklah menjaga kesihatan diri degan bersarapan sebelum pergi ke sekolah kerana sarapan akan memberikan tenaga kepada kita untuk melakukan sebarang aktiviti.
4. Kita hendaklah menjaga keselamatan diri semasa menunggang basikal ke sekolah secara berhati-hati.
5. Kita perlu bersikap baik hati degan membantu orang yang kurang upaya melistas jalan raya yang sibuk.
6. Kita hendaklah bersopan santun semasa bercakap dengan orang lain.
7. Kita perlu mengucapkan terima kasih kepada orang yang menghulurkan bantuan kepada kita sebagai tanda kita menghargai pertolongan yang diberikan itu.

2011年12月5日星期一

LATIHAN (8)

 
Pada pagi Sabtu ini, Wai Kit bangun awal kerana dia hendak mengikut aktiviti Persatuan Sains bagi membersihkan taman sains sekolah. setelah mengemaskan katilnya, Wai Kit terus mandi. selepas berpakaian, Wai Kit bersarapan bersama-sama ayah, ibu dan adik perempuannya.
Kemudian, Wai Kit pun menunggang basikal lumbanya ke sekolah dengan berhati-hati kerana keadaan jalan raya agak sibuk pada pagi itu. di pertengahan jalan, Wai Kit ternampak seorang lelaki buta hendak melintas jalan raya.
Dia segela memberhentikan basikalnya di tepi jalan lalu menuntun tangan lelaki buta itu untuk melintas jalan. Wai Kit bertanya ke mana lelaki buta itu hendak pergi dengan suara yang lembut. Rupa-rupanya lelaki buta itu hendak menaiki bas ke Bandar.
Wai Kit membantu lelaki itu menaiki bas yang kebetulan baru berhenti di perhentian bas di hadapan mereka. Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Wai Kit. Kemudian, Wai Kit pun meneruskan perjalanan ke sekolah.

2011年12月4日星期日

LATIHAN (7 > Jawapan)

Jawapan



  • Bangun awal pagi – disiplin diri
  • Menolong ibu di dapur
  • Bersarapan bersama – kasih sayang
  • Bersalam – menghormati orang tua
  • Rajin / tidak suka membuang masa
  • Suka kepada kebersihan

2011年12月3日星期六

LATIHAN (7)

Baca petikan di bawah dahulu, dan cuba mencari isi-isi penting...

Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan.
Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya.
Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.



2011年12月2日星期五

LATIHAN (6c)

Contoh ulasan
  • Kita mestilah mempunyai kasih sayang terhadap jiran.
  • Kita juga hendaklah peka dan bijak menghargai masa.
  • Kita sepatutnya lebih prihatin tentang tanggungjawab kepada keluarga kita.
  • Kita sewajarnya mengamalkan budaya tolong-menolong semasa jiran.
  • Kita haruslah baik hati terhadap jiran kita.
  • Kita dikehendaki bertanggungjawab menjaga kebajikan jiran kita.
  • Kita mestilah bersikap pemurah terhadap jiran tetangga kita.

2011年12月1日星期四

LATIHAN (6b)

Nilai murni yang didapati...... 

bercadang untuk pulang ke kampung beberapa hari.
  • kasih sayang

membuat persiapan untuk memulakan perjalanan pulang.
  • menghargai masa

pintu pagar rumahnya belum berkunci lagi.
  • prihatin

menghubungi jirannya untuk meminta bantuan
  • tolong-menolong

dengan senang hati menghulurkan bantuan
  • baik hati

berasa amat gembira kerana mempunyai seorang jiran
  • bertanggungjawab

membawa buah tangan dan menghadiahi jirannya
  • pemurah

 

2011年11月30日星期三

LATIHAN (6a)

Isi-isi penting......

Encik Nordin dan isterinya bercadang untuk pulang ke kampung beberapa hari. Namun, pada hari tersebut, mereka terlewat bangun. Oleh sebab itu, mereka tergesa-gesa membuat persiapan untuk memulakan perjalanan pulang ke kampung.
Dalam perjalanan, tiba-tiba Encik Nordin teringat bahawa pintu pagar rumahnya belum berkunci lagi. Justeru, Encik Nordin menghubungi jirannya untuk meminta bantuan bagi menguncikan pintu pagar tersebut. Jirannya itu dengan senang hati menghulurkan bantuan dan berjanji untuk menguncikan pagar rumahnya itu. Encik Nordin berasa amat gembira kerana mempunyai seorang jiran yang baik hati.
Sekembalinya dari bercuti di kampung, Encik Nordin membawa buah tangan dan menghadiahi jirannya itu dengan buah durian, rambutan, dan manggis. Jirannya itu pula mengucapkan terima kasih atas kemurahan hati Encik Nordin.

2011年11月29日星期二

LATIHAN (6)

Baca petikan di bawah dahulu, dan cuba mencari isi-isi penting...

Encik Nordin dan isterinya bercadang untuk pulang ke kampung beberapa hari. Namun, pada hari tersebut, mereka terlewat bangun. Oleh sebab itu, mereka tergesa-gesa membuat persiapan untuk memulakan perjalanan pulang ke kampung.
Dalam perjalanan, tiba-tiba Encik Nordin teringat bahawa pintu pagar rumahnya belum berkunci lagi. Justeru, Encik Nordin menghubungi jirannya untuk meminta bantuan bagi menguncikan pintu pagar tersebut. Jirannya itu dengan senang hati menghulurkan bantuan dan berjanji untuk menguncikan pagar rumahnya itu. Encik Nordin berasa amat gembira kerana mempunyai seorang jiran yang baik hati.
Sekembalinya dari bercuti di kampung, Encik Nordin membawa buah tangan dan menghadiahi jirannya itu dengan buah durian, rambutan, dan manggis. Jirannya itu pula mengucapkan terima kasih atas kemurahan hati Encik Nordin.

2011年11月28日星期一

LATIHAN (5c)

Contoh ulasan
  • Kita mestilah prihatin terhadap semua orang.
  • Kita juga hendaklah mempunyai rasa insaf terhadap orang susah.
  • Kita sepatutnya bersyukur atas rezeki yang diberi.
  • Kita sewajarnya bersikap pemurah kepada orang yang susah.
  • Kita haruslah berhemah tinggi terhadap masyarakat setempat.
  • Kita dikehendaki yakin kepada kekuasaannya.
  • Kita mestilah menunjukkan harga diri yang baik dan terpuji.

2011年11月27日星期日

LATIHAN (5b)

Nilai murni yang didapati...... 

keluarga terdekat sahaja yang sering menziarahinya.
  • prihatin/ikhlas

teringat akan segala perbuatannya pada masa lalu.
  • keinsafan

seorang pemimpin masyarakat yang kaya raya.
  • bersyukur

amat lokek untuk menghulurkan bantuan
  • pemurah

amat menyesali akan segala perbuatannya
  • berhemah tinggi

berdoa kepada Tuhan agar segera sembuh.
  • berkeyakinan

mahu menjadi orang baik, pemurah, dan taat
  • harga diri

 

2011年11月26日星期六

LATIHAN (5a)

Isi-isi penting......

Pak Din sedang terlantar di atas katilnya sejak sebulan yang lalu setelah diserang angin ahmar. Hanya keluarga terdekat sahaja yang sering menziarahinya. Masyarakat setempat tidak mahu berbuat demikian. Mereka seolah-olah memulau Pak Din. Dalam pada itu, Pak Din mula teringat akan segala perbuatannya pada masa lalu.

Pak Din ialah seorang pemimpin masyarakat yang kaya raya. Namun, dia langsung tidak memperdulikan masyarakat di sekitarnya. Dia juga amat lokek untuk menghulurkan bantuan dan derma kepada orang yang dalam kesusahan. Pak Din sangat dan sombong dengan kekayaan yang dimilikinya. Kini, Pak Din amat menyesali akan segala perbuatannya itu. Dia berdoa kepada Tuhan agar segera sembuh. Dia juga berjanji akan mengubah segala sikap buruknya itu. Pak Din mahu menjadi orang baik, pemurah, dan taat kepada agama. Dia juga bertekad akan memulangkan.


2011年11月25日星期五

LATIHAN (5)

Baca petikan di bawah dahulu, dan cuba mencari isi-isi penting...

Pak Din sedang terlantar di atas katilnya sejak sebulan yang lalu setelah diserang angin ahmar. Hanya keluarga terdekat sahaja yang sering menziarahinya. Masyarakat setempat tidak mahu berbuat demikian. Mereka seolah-olah memulau Pak Din. Dalam pada itu, Pak Din mula teringat akan segala perbuatannya pada masa lalu.

Pak Din ialah seorang pemimpin masyarakat yang kaya raya. Namun, dia langsung tidak memperdulikan masyarakat di sekitarnya. Dia juga amat lokek untuk menghulurkan bantuan dan derma kepada orang yang dalam kesusahan. Pak Din sangat dan sombong dengan kekayaan yang dimilikinya. Kini, Pak Din amat menyesali akan segala perbuatannya itu. Dia berdoa kepada Tuhan agar segera sembuh. Dia juga berjanji akan mengubah segala sikap buruknya itu. Pak Din mahu menjadi orang baik, pemurah, dan taat kepada agama. Dia juga bertekad akan memulangkan.

2011年11月24日星期四

LATIHAN (4)

Isi Tempat Kosong Dengan Nilai Murni Yang Sesuai

  • berhati-hati
  • tindakan segera
  • rajin
1
Kita harus _________ ketika berada agar kemalangan dapat dielakkan.
2 Kita perlu mengambil __________ apabila berlaku kecemasan seperti meminta pertolongan orang dewasa.
3 Kita perlu __________ membantu ibu mengemaskan rumah.

Jawapan :
1. berhati-hati
2. tindakan segera
3. rajin

2011年11月23日星期三

LATIHAN (3)

Isi Tempat Kosong Dengan Nilai Murni Yang Sesuai

  • berusaha
  • suka menabung
  • berdikari
1
Kita perlu _____________ dengan bersungguh-sungguh demi mencapai impian.
2
Kita perlu ___________ dan tidak menyusahkan kedua-dua ibu bapa dalam mengejar impian kita.
3
Sikap ____________ juga perlu ada pada setiap orang untuk menjamin masa depan kita.


Jawapan :
1. berusaha
2. berdikari
3. suka menabung

2011年11月22日星期二

LATIHAN (2)

Isi Tempat Kosong Dengan Nilai Murni Yang Sesuai

  • tertib dan beradab
  • peraturan sekolah
  • bijak memilih makanan
1 Kita perlu mematuhi ___________ seperti makan di kantin sekolah pada waktu rehat.
2 Kita perlu ____________ yang berkhasiat dan mengenyangkan untuk kesihatan.
3 Kita perlu makan dengan _____________.

Jawapan :
1. peraturan sekolah
2. bijak memilih makanan
3. tertib dan beradab

2011年11月21日星期一

LATIHAN (1)

Pilih nilai murni yang sesuai.

1.
Kita perlu ( berjimat cermat / berhati-hati ) dalam menguruskan wang seperti menyimpannya wang di bank.
2.
Kita perlu ( berdikari / menjaga kebersihan ) alam sekitar seperti membuang sampah ke dalam tong sampah.


Jawapan :
1. berjimat cermat
2. menjaga kebersihan


2011年11月20日星期日

Maklumat Tambahan Nilai Murni (8)

Nilai Murni
道德价值
15
rasional 合理的
  • Membuat pertimbangan
    1. Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan.
16
kebersihan
  • Kebersihan diri
    1. Merupakan kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat.
  • Kebersihan persekitaran
    1. Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
  • Kebersihan mental
    1. Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungan dengan orang lain.

2011年11月19日星期六

Maklumat Tambahan Nilai Murni (7)

Nilai Murni
道德价值
13
kebebasan 自由
  • kebebasan di sisi undang-undang
    1. Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara, dan agama.
14
Kesederhanaan 简单/ 朴素
  • Pertuturan dan perlakuan yang sederhana
    1. Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.
  • Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain
    1. Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain.

2011年11月18日星期五

Maklumat Tambahan Nilai Murni (6)

Nilai Murni
道德价值
11
Hemah tinggi高尚情操
  • Kesopanan 文雅
    1. Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan orang lain.

  • Mengakui kesalahan sendiri 承认错误
    1. Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat.

  • Ramah mesra 友善
    1. Sedia bergaul mesra dengan semua orang.
12
Baik hati 好心
  • Belas kasihan 同情心
    1. Bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.

  • Bertimbang rasa 关心
    1. Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat suatu tindakan.

  • Murah hati 慷慨
    1. Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya.

  • Saling memahami 体谅
    1. Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing.

  • Saling bermaafan 原谅
    1. Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan.

2011年11月17日星期四

Maklumat Tambahan Nilai Murni (5)

Nilai Murni
道德价值
9
Kasih sayang爱心
  • sayangkan diri sendiri dan orang lain 
    关爱自己与他人
    1. Menyayangi diri sendiri dan orang lain.

  • Sayang alam sekitar 关爱环境
    1. Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup.

  • cintakan Negara 爱护国家
    1. Bangga dan taat setia kepada negara
10
menghormati尊敬
  • Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga
    忠于父母
    1. Memuliakan dan mentaati ibu bapa atau penjaga.

  • Hormat kepada ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin
    尊重家人,长辈,邻居及领袖
    1. Menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik.

  • Hormat kepada institusi Kerajaan dan Negara
    尊敬国家与政府
    1. Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri.

  • Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan
    尊重宗教信仰
    1. Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia.

2011年11月16日星期三

Maklumat Tambahan Nilai Murni (4)

Nilai Murni
道德价值
7
kesyukuran感恩
  • berterima kasih 感谢
    1. Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.
8
patut kepada undang-undang
遵守法律
  • patut kepada undang-undang Negara 
    遵守国家法则
    1. Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada.

2011年11月15日星期二

Maklumat Tambahan Nilai Murni (3)

Nilai Murni
道德价值
5
adil公正
  • adil 公正
    1. Mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif, menyeluruh, dan bersesuaian.
  • saksama 合理
    1. Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberi ganjaran atau hukuman.
6
bekerjasama合作
  • gotong royong 互相合作
    1. Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai
      dan sukarela.

  • toleransi 宽容
    1. Bertolak ansur serta dapat mengawal diri mengelakkan berlakunya perselisihan.

  • perpaduan 团结
    1. Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara, dan antarabangsa.

2011年11月13日星期日

Maklumat Tambahan Nilai Murni (2)

Nilai Murni
道德价值
3
berdikari独立
  • berupaya bertindak sendiri 自立
    1. Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
  • yakin pada diri sendiri 自信
    1. Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba.
4
berani勇敢
  • berani mencuba 勇于尝试
    1. Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi.

2011年11月12日星期六

Maklumat Tambahan Nilai Murni (1)

Nilai Murni
道德价值
1
rajin 勤劳
  • daya usaha 主动性
    1. Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif, dan enovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
  • dedikasi 奉献
    1. Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah.
2
jujur 诚实
  • amanah 可信,可靠
    1. Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
  • bercakap benar 说真话
    1. Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung.
  • ikhlas 诚心
    1. Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan.

2011年11月11日星期五

Pengingatan.......

Untuk mendapat markah yang cemerlang dalam bahagian C, murid-murid ingatlah...
若要在丙题部分得到优越成绩,请同学们记住。。。
  • Membuat ulasan yang jelas dan tepat.
    清楚,准确地讲解

  • Menggunakan ayat yang lengkap.
    使用完整句子

  • Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
    根据相关内容

  • Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik.
    使用优美词句

  • Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul.
    确定字词与边点符号等无误

  • Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina. Kenalpasti penanda wacana.
    确定连接词用得正确,适合

2011年11月10日星期四

Cara Menjawab Soalan...

Cara Menjawab Soalan
回答方法
  • Baca dan fahami situasi.
    阅读与明白文章内容

  • Gariskan kata kunci dalam soalan.
       在重点内容处画线


  • Sediakan rangka karangan.Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks.
       准备拟文,记录道德价值

  • Panjang setiap ayat lebih kurang 6 hingga 12 patah perkataan.
       每句子数约612


  • Panjang jawapan tidak lebih 50 patah perkataan. (Biasanya arahan akan tulis jangan lebih 40 patah perkataan @ perlu lebih 40 patah perkataan.)
       全文长不超过50字(通常指示是写不可超过
       40字或必须超过40字的)


2011年11月9日星期三

Nilai Murni Yang Perlu Diingati...(4)

Murid-murid, sila baca dan ingatlah nilai-nilai berikut.
同学们,请阅读和记住各道德价值。
31
harga diri
自尊
36
menepati masa
守时
32
mencintai alam sekitar
爱护环境
37
bersimpati
怜悯
33
sabar
冷静
38
berhati-hati / berwaspada
小心
34
tabah
勇敢坚强
39
bercita-cita tinggi
有志愿
35
menghargai masa
珍惜时间
40
taat
遵从
Hari ini ingat 10 nilai murni,
Jangan lupa membuat ulangkaji.......