2011年11月25日星期五

LATIHAN (5)

Baca petikan di bawah dahulu, dan cuba mencari isi-isi penting...

Pak Din sedang terlantar di atas katilnya sejak sebulan yang lalu setelah diserang angin ahmar. Hanya keluarga terdekat sahaja yang sering menziarahinya. Masyarakat setempat tidak mahu berbuat demikian. Mereka seolah-olah memulau Pak Din. Dalam pada itu, Pak Din mula teringat akan segala perbuatannya pada masa lalu.

Pak Din ialah seorang pemimpin masyarakat yang kaya raya. Namun, dia langsung tidak memperdulikan masyarakat di sekitarnya. Dia juga amat lokek untuk menghulurkan bantuan dan derma kepada orang yang dalam kesusahan. Pak Din sangat dan sombong dengan kekayaan yang dimilikinya. Kini, Pak Din amat menyesali akan segala perbuatannya itu. Dia berdoa kepada Tuhan agar segera sembuh. Dia juga berjanji akan mengubah segala sikap buruknya itu. Pak Din mahu menjadi orang baik, pemurah, dan taat kepada agama. Dia juga bertekad akan memulangkan.

没有评论:

发表评论