2011年11月29日星期二

LATIHAN (6)

Baca petikan di bawah dahulu, dan cuba mencari isi-isi penting...

Encik Nordin dan isterinya bercadang untuk pulang ke kampung beberapa hari. Namun, pada hari tersebut, mereka terlewat bangun. Oleh sebab itu, mereka tergesa-gesa membuat persiapan untuk memulakan perjalanan pulang ke kampung.
Dalam perjalanan, tiba-tiba Encik Nordin teringat bahawa pintu pagar rumahnya belum berkunci lagi. Justeru, Encik Nordin menghubungi jirannya untuk meminta bantuan bagi menguncikan pintu pagar tersebut. Jirannya itu dengan senang hati menghulurkan bantuan dan berjanji untuk menguncikan pagar rumahnya itu. Encik Nordin berasa amat gembira kerana mempunyai seorang jiran yang baik hati.
Sekembalinya dari bercuti di kampung, Encik Nordin membawa buah tangan dan menghadiahi jirannya itu dengan buah durian, rambutan, dan manggis. Jirannya itu pula mengucapkan terima kasih atas kemurahan hati Encik Nordin.

没有评论:

发表评论