2011年12月5日星期一

LATIHAN (8)

 
Pada pagi Sabtu ini, Wai Kit bangun awal kerana dia hendak mengikut aktiviti Persatuan Sains bagi membersihkan taman sains sekolah. setelah mengemaskan katilnya, Wai Kit terus mandi. selepas berpakaian, Wai Kit bersarapan bersama-sama ayah, ibu dan adik perempuannya.
Kemudian, Wai Kit pun menunggang basikal lumbanya ke sekolah dengan berhati-hati kerana keadaan jalan raya agak sibuk pada pagi itu. di pertengahan jalan, Wai Kit ternampak seorang lelaki buta hendak melintas jalan raya.
Dia segela memberhentikan basikalnya di tepi jalan lalu menuntun tangan lelaki buta itu untuk melintas jalan. Wai Kit bertanya ke mana lelaki buta itu hendak pergi dengan suara yang lembut. Rupa-rupanya lelaki buta itu hendak menaiki bas ke Bandar.
Wai Kit membantu lelaki itu menaiki bas yang kebetulan baru berhenti di perhentian bas di hadapan mereka. Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Wai Kit. Kemudian, Wai Kit pun meneruskan perjalanan ke sekolah.

没有评论:

发表评论