2011年12月7日星期三

LATIHAN (9)

Tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan. Ketika tidur, tubuh mendapat kerehatan dan dapat menghilangkan keletihan serta keterangan perasaan yang dialami pada waktu siang. Sekiranya kita tidak cukup tidur, keletihan dan ketegangan perasaan itu akan bertambah. Selain itu, menjadikan kita berasa lemah sepanjang masa dan selalu sakit kepala serta selesema. Sistem saraf kita juga turut terjejas, menjadikan kita cepat marah. Apabila kita tidur, tubuh kita dicas seperti sebuah bateri. Apabila bangun pagi, kita berasa segar dan boleh membuat sebarang pekerjaan harian dengan sempurna. Bagi pelajar, mereka akan dapat mengikuti pelajaran dengan baik tanpa rasa letih atau mengantuk. Setiap pelajar perlu tidur sekurang-kurangnya lapan jam dalam sehari.

没有评论:

发表评论